Tuesday 14 March 2017

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK BANDAR TENGGARA KOTA TINGGI BERHAD TAHUN 2017

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Bandar Tenggara Kota Tinggi Berhad bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 1 Mac 2017 di Dewan Permata. Program dipengerusikan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara selaku pengerusi koperasi sekolah. Murid-murid PPKI yang juga merupakan antara ahli koperasi sekolah turut terlibat dalam mesyuarat tersebut. Malah, seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara, Muhammad Nor Fahis B. Nazarudin berani untuk menyokong usul yang diutarakan. Semoga Koperasi SMK Bandar Tenggara Kota Tinggi Berhad terus maju.

Barisan pengurusan Koperasi SMKBTKTB
Ucapan alu-aluan Pengerusi Koperasi
Pembentangan penyata kewangan
Muhd Nor Fahis menyokong usul yang diberikan
Nyanyian lagi Semangat Koperasi
Murid PPKI yang menjadi ahli KSMKBTKTB



No comments: