Tuesday 2 May 2017

KURSUS PENJAGAAN TANAMAN POKOK JAMBU BATU 2017

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Kursus Penjagaan Tanaman Jambu Batu pada 27 April 2017 di Kebun Permata Hati. Kursus disampaikan oleh En. Sahira Helmy B. Sairi, seorang pengusaha tanaman jambu batu yang berjaya. Kursus disertai oleh semua murid, guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara. Pelbagai teknik penjagaan tanaman jambu batu diperkenalkan kepada semua peserta seperti perangkap lalat buah, memangkas dahan, menyampul buah, membaja buah dan meracun kulat. Turut diajarkan ialah kaedah penggredan buah dan kaedah "tut" dahan pokok. Semoga kursus yang diberikan memberikan manafaat kepada semua.

Bergambar kenangan bersama penceramah
Penggredan buah jambu
Penerangan racun serangga dan perangkap lalat
Memangkas dahan jambu
Broning
Kaedah tut dahan
Amali "Tut" dahan
Membalut buah muda
Penyampaian cenderamata kepada penceramah

No comments: