Sunday 4 March 2018

MESYUARAT PERWAKILAN PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS (PGPK JOHOR) & MAJLIS JALINAN KASIH MENJULANG MUAFAKAT PGPK JOHOR 2018

Pada 1 Mac 2018, Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK) Johor dan Majlis Jalinan Kasih Menjulang Muafakat PGPK Johor 2018 telah diadakan di Le Grandeur Resort, Senai. Perwakilan daerah Kulai turut diwakili oleh dua guru PPKI SMK Bandar Tenggara iaitu Pn. Hajah Khairani Binti Hamdan dan En. Mohd Hassry Bin Mustakim. Mesyuarat perwakilan telah memilih Tn Haji Ashaari B. Maheran dari Pontian sebagai Pengerusi manakala Majlis Jalinan Kasih telah disempurnakan oleh Cik Norbiha Binti Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas JPN Johor sebagai Wakil Rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Semoga program yang dijalankan oleh PGPK Johor ini membawa manafaat kepada semua guru Pendidikan Khas Johor.

Deligasi Daerah Kulai
Antara perwakilan Kulai
Pengerusi Mesyuarat
Perasmian oleh Cik Norbiha Binti Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas JPN Johor
Tetamu menikmati hi tea yang disediakan

No comments: