Wednesday 18 July 2018

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA NEGERI JOHOR 2018

Pertandingan Petanque ANGKASA Negeri Johor 2018 telah diadakan pada 14 Julai 2018 di Gelanggang Petanque MBJB Johor Bahru. Pasukan Petanque SMK Bandar Tenggara yang diwakili oleh murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah berjaya menyertai pusingan akhir. Pasukan lelaki yang diwakili oleh Zairul Akhbar, Fitri Aiman dan Raja Mohd Adnan telah berjaya mendapat tempat Keempat manakala pasukan perempuan yang diwakili oleh Wan Rabiatul Suhada, Nurain dan Nurnatasha terkandas di Suku Akhir. Tahniah diucapkan. Hadiah disampaikan oleh YB Tuan Haji Sheikh Umar Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif.

Majlis penyampaian hadiah oleh YB Tn Hj Sheikh Umar
Pertandingan sedang dijalankan
Aiman sedang beraksi
Kategori perempuan
Pertandingan tempat ke 3 / ke 4
Suku Akhir
Bergambar beramai-ramai
Peserta perempuan
PPKI SMK Bandar Tenggara
Bersama hadiah kemenangan

No comments: