Thursday 31 January 2019

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW SMK BANDAR TENGGARA 2019

Majlis Sambutan Maulidurasul SAW peringkat SMK Bandar Tenggara 2019 telah diadakan pada 30 Januari 2019 di Dewan Permata. Majlis dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh semua warga sekolah. Seterusnya bacaan ayat suci al-Quran dan selawat diperdengarkan. Majlis kemuncak sambutan ialah ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohammad Afdhaluddin B. Ismail, Pengetua Madrasah Tahfiz Al- Jauhar, Kota Tinggi. Pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara turut serta dalam majlis tersebut.

Pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara turut menyeriitai perarakan
Persediaan perarakan
Kontinjen perempuan

Penyampaian cenderamata kepada penceramah

Memulakan majlis dengan selawat

Perarakan diketuai oleh pelajar pra Universiti

Suasana di dalam Dewan Permata

Selawat yang diketuai oleh Imam Muda

Penceramah jemputan


Barisan guru dan PPM PPKI 

Memulakan langkah

No comments: