Monday, 28 March 2016

PERTANDINGAN BOWLING PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2016

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Pertandingan Bowling Peringkat PPKI SMK Bandar Tenggara 2016 di Ampang Bowl, Kluang Mall, Kluang pada 9 Mac 2016 lalu. Majlis yang bertujuan memberi pengayaan pengetahuan kepada murid-murid berkaitan sukan bowling telah dijalankan pada pukul 11 pagi, Pertandingan disertai oleh semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara dengan bantuan semua guru. Dalam pertandingan tersebut telah dimenangi oleh
1. Muhammad Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi
2. Khairul Hazizi B. Ahmad
3. Muhammad Hakimi B. Mohd Afandi

Taklimat pertandingan oleh En. Mohd Hassry
Guru-guru dan PPPM PPKI SMK Bandar Tenggara
Pn. Noraina memberi tunjuk ajar permainan
Pertandingan kumpulan 6
Gaya sebelum hayunan bola
Murid-murid perempuan PPKI SMKBT
En. Mohd Hassry memberikan tunjuk ajar
Pn. Rahimah memberikan tunjuka ajar bermain bowling

Thursday, 24 March 2016

LAWATAN PPKI SMK LINGGIU, KOTA TINGGI KE SMK BANDAR TENGGARA

PPKI SMK Linggiu telah melakukan Lawatan Penanda Arasan ke PPKI SMK Bandar Tenggara pada 8 Mac 2016 yang lalu. Lawatan diketuai oleh En. Wan Shahrul Azlin B. Wan Ahmad, Penyelaras PPKI SMK Linggiu. Dalam lawatan tersebut, para peserta rombongan dibawa melawat sekitar kelas dan melihat aktiviti yang dijalankan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. Lawatan yang bermula jam 10 pagi itu ditamatkan pada kira-kira jam 12 tengahari.


Sambutan ketibaan rombongan
Ucapan Pengetua, Pemangku GPK PK dan Penyelaras PPKI SMK Linggiu
Bergambar kenangan
Lawatan ke Kolam Pemeliharaan Haiwan 
Lawatan ke Kebun Permata Hati
Lawatan ke Kebun Permata Hati
Murid-murid PPKI SMK Linggiu
Lawatan ke Dapur Permata Hati
Majlis Perpisahan En. Hamzah Hamdan ke SMK Linggiu 
Penerimaan cenderamata dari PPKI SMK Linggiu
Penyerahan cenderamata kepada En. Hamzah B. Hamdan

Wednesday, 2 March 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2016

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2016 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 28 Februari 2016 lalu. Majlis disempurnakan oleh Tuan Mohd Sharin B. Hj Sabtu, Penguasa Penjara Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Dalam majlis tersebut, 6 unit telah diberikan watikah perlantikan iaitu, Badan Pengawas, Majlis Ketua Penolong & Bendahari (KENARI), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Majlis Perwakilan Pelajar PraUnibversiti (MPP), Ahli Lembaga Koperasi (ALP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Bacaan ikrar Pemimpin Muda diketua Saudara Hakim B. Azman, Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut iaitu Muhd Fitri Aiman, Faris Airman dan Nor Atikah Samat sebagai ahli KENARI.

Ucapan GPK Pentadbiran, Pn. Haslina B. Mohd Bakri
Ucapan perasmian oleh Tuan 
Muhd Fitri Aiman dan Faris Airman di barisan Majlis KENARI
Penyampaian kepada Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara
Penyampaian kepada Penolong Ketua Pelajar
Penyampaian kepada Ketua KENARI
Bacaan Ikrar oleh Pemimpin Muda
Penyampaian cenderamata kepada perasmi
Barisan Guru dan Perasmi
Badan Pengawas SMK Bandar Tenggara 2016
Majlis Ketua Penolong Bendahari (KENARI) 2016
Pengawas Pusat Sumber 2016
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPP)

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA 2016

SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang 2016 pada 27 Februari 2016. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Baderi B. Hj Dasuki , ADUN Kawasan Panti. Mesyuarat Agung PIBG telah dipengerusikan oleh En. Ahmad B. Saian, Pengerusi PIBG SMK Bandar Tenggara. Dalam Majlis Anugerah Cemerlang pula, Seramai 3 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menerima hadiah atas pencapaian dalam peperiksaan akhir tahun 2015 manakala 5 orang murid menerima anugerah kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum. Muhammad Danial B. Nor Remee pula dipilih sebagai Tokoh Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2016.

Pasukan gamelan SMK Bandar Tenggara
Seorang ahli PIBG bertanyakan soalan
Barisan AJK PIBG SMK Bandar Tenggara
Ketibaan VIP disambut meriah
Sambutan di Dewan Permata
Persembahan Zapin oleh murid SMK Bandar Tenggara
Ucapan Pengerusi PIBG
Ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara
Ucapan perasmian oleh YB Datuk Baderi Dasuki
Khairul Hazizi B. Ahmad, Penerima Cemerlang Akademik 3& Kokurikulum
Muhd Fitri AIman B. Muhd Zaidi, Penerima Cemerlang Akademik 2 & Sahsiah
Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi, Penerima Cemerlang Akademik 1
Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin, Penerima Cemerlang Kokurikulum
Nor Atikah Bt Samat, Penerima Cemerlang Sahsiah
Muhd Danial B. Nor Remee, Penerima Tokoh Murid PK
En. Mohd Hassry menerima cenderamata AJK PIBG
Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi