Sunday, 16 October 2016

PERTANDINGAN MASAKAN PENDIDIKAN KHAS 2016 : TEMA SANDWICH

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Pertandingan Masakan Pendidikan Khas 2016 bagi subjek Kemahiran Hidup dengan Tema Sandwich pada 27 September 2016 yang lalu di Bilik Masakan Kemahiran Hidup SMKBT. Program telah dikelolakan oleh guru-guru masakan Pendidikan Khas. Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan telah dihakimi secara profesional dan hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Tahniah kepada semua pemenang.


JOHAN Pertandingan Memasak Sandwich, Kumpulan 6

NAIB JOHAN Pertandingan Memasak, Kumpulan 9
Pemenang Tempat KETIGA, Kumpulan 7
Masakan Johan, Kumpulan 6

Persembahan kumpulan 3

Kumpulan 1

Kumpulan 5

Kumpulan 2

Kumpulan 4

Kumpulan 10

Kumpulan 9

Pertandingan sedang dijalankan

Proses menyediakan hidangan


Proses penjurian




SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PPM PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada PPM Pendidikan Khas, Pn. Siti Nurfadhilah Bt Zakariah dan pasangannya Mohd Firdaus B. Mohd Isa yang telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 10 September 2016 yang lalu di Bandar Tenggara. Semoga berbahagia hingga ke jannah.


MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU PENDIDIKAN KHAS (MGPK) DAERAH KULAI

Mesyuarat Agung Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Kulai telah berlangsung pada 7 September 2016 yang lalu di Bilik Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Seramai 200 orang guru-guru Pendidikan Khas Daerah Kulai telah terlibat dalam mesyuarat tersebut termasuk 7 orang guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan PPD Kulai, Tn. Hj Ishak B. Mahbob dengan kehadiran Tn. Hj Abd Rahman B. Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor. Dalam mesyuarat tersebut dua orang guru PPKI SMK Bandar Tenggara telah dicalonkan dan terpilih memegang jawatan dalam majlis tersebut iaitu En. Mohd Hassry B. Mustakim sebagai Timbalan Pengerusi Daerah dan Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan selaku AJK. Tahniah diucapkan.

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku
Sebahagian guru Pendidikan Khas Kulai yang hadir
Sebahagian guru Pendidikan Khas Kulai yang hadir


Ucapan Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor, Tn Hj Abd Rahman Hamdan

Sesi penerangan 
Ucapan perasmian oleh Tuan PPD Kulai, Tn Hj Ishak B. Mahbob



Khusyuk mendengar taklimat

Taklimat program Kem Motivasi Pendidikan Khas Kulai

Penyampaian cenderamata kepada Tn PPD Kulai
Penyampaian cenderamata kepada Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai, En. Halim
Penyampaian cenderamata kepada Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor

PROJEK PEMBUATAN ACAR BUAH PENDIDIKAN KHAS 2016

Pada tahun 2016, murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah didedahkan dengan salah satu masakan tradisional Melayu iaitu Acar Buah. Projek pembuatan acar buah ini telah dikendalikan oleh Pn. Siti Khalijah Bt Rahim dan Pn. Nor Fatimah Bt Abd Ghani hasil tempahan Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, GPK Pendidikan Khas. Semoga semua murid PPKI SMKBT mendapat faedah dari ilmu yang dicurahkan.


Proses memasukkan acar ke dalam bekas plastik
Sentiasa mendapat bimbingan guru dan PPM
Proses awal memotong bahan-bahan asas
Acar yang belum dimasak


Murid-murid memasak acar 

Proses timbangan untuk mendapatkan berat yang sekata
Proses memasak acar





PROJEK AISKRIM MALAYSIA PENDIDIKAN KHAS 2016

Projek Pembuatan Aiskrim Malaysia 2016 diteruskan oleh murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara dengan kelolaan Pn. Nor Fatimah Bt Abd Ghani di bawah subjek Kemahiran Hidup Masakan. Projek bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada murid-murid tentang aiskrim Malaysia yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan.


Muhaimin dan Natasya sedang menyediakan aiskrim
Afiq dan Hakimi turut membantu menyediakan aiskrim

Proses memasukkan aiskrim ke dalam kelongsong plastik
Aktiviti di bilik masakan

Aiskrim Malaysia perisa choki-choki