Thursday, 10 November 2016

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2016

Pendidikan Khas Kulai telah menganjurkan Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulai pada 3 November 2016 di Dewan Raya Kg Melayu Kulai. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato' Jafni B. , Ketua Whip Majlis Perbandaran Kulai. Seramai 123 orang murid-murid Pendidikan Khas telah bergraduasi termasuk 7 orang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut juga, 2 orang murid SMK Bandar Tenggara telah dipilih sebagai Tokoh Murid Pendidikan Khas Sekolah Menengah bagi kategori Lelaki dan Perempuan iaitu Mohd Daud B. Sazali dan Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin. Tahniah diucapkan.

Warga PPKI SMK Bandar Tenggara
Barisan murid bergraduasi SMK Bandar Tenggara

Pentas Graduasi nan indah
Perarakan masuk VIP


Dirasmikan oleh Dato' Hj Mohd Jafni B. Hj Mohd Shukor, Ketua WHIP MPKu
Persembahan selingan oleh PPKI SMK Kangkar Pulai


Barisan guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara

Persembahan selingan oleh PPKI SMK Kulai Besar

Murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara


Baherathe A/P Raja


Zahra Nordika Bt Feaizal

Muhd Ameer Najmudin B. Mohd Hailani

Muhd Ameirul Izuan B. Mohd Nazir

Mohd Daud B. Sazali, Penerima Anugerah Tokoh Lelaki

Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin, Penerima Anugerah Tokoh Perempuan

Bergambar kenangan di PhotoBooth



PERTANDINGAN BADAN BERUNIFORM SMK BANDAR TENGGARA 2016

Unit Kokurikulum SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Pertandingan Bdan Beruniform SMK Bandar Tenggara 2016 pada 2 November 2016 di vanue-vanue yang telah ditetapkan. Sebanyak 7 jenis pertandingan telah dijalankan iaitu Koir, Mini Gajet, Ikhtiar Hidup, Jalan Lasak, Melukis Logo, Pertolongan Cemas dan Orienteering. Murid-murid Pendidikan Khas turut terlibat dalam pertandingan koir dan mendapat Naib Johan. Tahniah diucapkan. Hadiah disampaikan oleh En. Md Sahfuddin B. Hussien, GPK Kokurikulum SMK Bandar Tenggara.

Persembahan Koir Pengakap SMKBT



NAIB JOHAN Pertandingan Koir Badan Beruniform SMKBT





Friday, 4 November 2016

KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2016

Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Negeri Johor 2016 telah diadakan pada 26 Oktober 2016 di SMK Taman Sutera, Johor Bahru. Seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah mewakili daerah Kulai dalam pertandingan menghias kek iaitu Nor Atikah Bt Samat di bawah pengawasan Pn. Siti Khalijah Bt Rahim. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau dalam pertandingan tersebut dengan mendapat saguhati penyertaan.


Nor Atikah yang mewakili Daerah Kulai dalam Pertandingan Menghias Kek

Sebahagian peserta yang menyertai Pertandingan Menghias Kek

Barisan juri pertandingan

JOHOR INTERNATIONAL SCOUT FESTIVAL (JISF)

Seramai 15 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menyertai Festival Pengakap Antarabangsa Johor (JISF) yang diadakan di Dewan Persekutuan Tiong Hwa, Johor Bahru pada 22 Oktober 2016. Guru-guru yang terlibat ialah En. Mohd Hassry B. Mustakim, En. Mohd Nurul Faishal B. Ab Ghani, Pn. Norfatimah Bt A Ghani dan Pn. Sahira Haryati Bt Sairi. Festival dirasmikan oleh Yb Datuk Nur Jazlan b. Mohamed, Ahli Parlimen Pulai merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri. Semua murid berpeluang menjalankan aktiviti yang disediakan selain berkenalan dengan ahli-ahli Pengakap dari Australia, Indonesia dan Singapura.


Bergambar kenangan di JISF, Johor Bahru
Barisan murid PPKI dan guru yang menyertai JISF
Bersama ahli Pengakap Indonesia
Bersama ahli pengakap Singapura


Bersama ahli pengakap Australia

Barisan guru pengiring ke JISF

PROGRAM PENGAYAAN P&P LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Pada 18 - 20 Oktober 2016 yang lalu, Unit Pendidikan Khas telah menjalankan Program Pengayaan P&P Lawatan ke Kuala Lumpur dengan tema Pengangkutan Awam. Program disertai oleh 30 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara dan dibawa menaiki Express Rail Link (ERL), Rapid Rail laluan Kelana Jaya (KJL) dan Putra Height (PHL), KL Monorel dan KTM Komuter. Murid-murid juga di bawa melawat Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selain itu, murid-murid turut di bawa melawat Muzium Bank Negara, Muzium Polis DiRaja Malaysia, Dataran Merdeka, KLCC, Petrosains dan Aquaria. Semoga murid-murid mendapat manafaat dari lawatan tersebut.

Bergambar kenangan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

Bergambar kenangan di hadapan Galeri Kuala Lumpur

Bergambar kenangan di KL Sentral

Bergambar kenangan di Petrosains, KLCC

Bergambar kenangan di Masjid Negara
Menaiki Express Rail Link (ERL) dari Bandar Tasik Selatan ke KL Sentral
Menaiki KL Komuter dari KL Sentral ke Subang Jaya


Menaiki LRT Rapid Rail dari Stesen Masjid Jamek ke Titiwangsa

Menaiki KL Monorel dari Titiwangsa ke KL Sentral

Pengalaman melalui pintu automatik LRT

Bergambar kenangan di Muzium Polis DiRaja Malaysia

Bergambar kenangan di Muzium Bank Negara

Sebahagian aktiviti di Muzium Bank Negara Malaysia
Bergambar kenangan di Terminal Satelit, KLIA