Friday 4 November 2016

PROGRAM PENGAYAAN P&P LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Pada 18 - 20 Oktober 2016 yang lalu, Unit Pendidikan Khas telah menjalankan Program Pengayaan P&P Lawatan ke Kuala Lumpur dengan tema Pengangkutan Awam. Program disertai oleh 30 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara dan dibawa menaiki Express Rail Link (ERL), Rapid Rail laluan Kelana Jaya (KJL) dan Putra Height (PHL), KL Monorel dan KTM Komuter. Murid-murid juga di bawa melawat Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selain itu, murid-murid turut di bawa melawat Muzium Bank Negara, Muzium Polis DiRaja Malaysia, Dataran Merdeka, KLCC, Petrosains dan Aquaria. Semoga murid-murid mendapat manafaat dari lawatan tersebut.

Bergambar kenangan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

Bergambar kenangan di hadapan Galeri Kuala Lumpur

Bergambar kenangan di KL Sentral

Bergambar kenangan di Petrosains, KLCC

Bergambar kenangan di Masjid Negara
Menaiki Express Rail Link (ERL) dari Bandar Tasik Selatan ke KL Sentral
Menaiki KL Komuter dari KL Sentral ke Subang Jaya


Menaiki LRT Rapid Rail dari Stesen Masjid Jamek ke Titiwangsa

Menaiki KL Monorel dari Titiwangsa ke KL Sentral

Pengalaman melalui pintu automatik LRT

Bergambar kenangan di Muzium Polis DiRaja Malaysia

Bergambar kenangan di Muzium Bank Negara

Sebahagian aktiviti di Muzium Bank Negara Malaysia
Bergambar kenangan di Terminal Satelit, KLIA






No comments: