Monday, 21 July 2014
SUMBANGAN PAKAIAN HARI RAYA OLEH JAKEL
Terima kasih diucapkan kepada Jakel Trading Sdn Bhd atas sumbangan pakaian raya kepada semua murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Semoga Allah memberkati usaha yang murni ini dan menganugerahkan limpahan rezeki. Amin.
Thursday, 10 July 2014
MAJLIS BERBUKA PUASA PPKI SMK BANDAR TENGGARA TAJAAN PUTRA SMOKE BBQ & STEAMBOAT DAN HAMBA ALLAH DERMAWAN.
Alhamdulilllah. Bersyukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan dan limpahan rezekinya. Pada 10 Julai 2014 yang lalu, murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menerima tajaan berbuka puasa daripada seorang hamba Allah dan Putra Smoke BBQ & Steamboat. Turut hadir, semua guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara. Semoga Allah memberkati dan dilimpahkan rezeki. Amin. Terima kasih.
Saturday, 28 June 2014
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2014
Kembara Mahkota Johor 2014 yang diketuai oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan singgah di salah satu perhentian kembara pada 21 Jun 2014 yang lalu iaitu di Padang SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Baginda yang memandu sendiri sebuah bas disambut meriah oleh rakyat jelata. Turut mengiringi rombongan ialah DYMM Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Syah, Tengku Mahkota Johor, kerabat-kerabat DiRaja dan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.
FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI: KULAIJAYA JOHAN KESELURUHAN
Pasukan Futsal Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya telah menggondol Kejuaraan Keseluruhan apabila mengungguli kategori BP Junior dan BD Terbuka manakala pasukan futsal BP Senior menjadi Naib Johan. Pertandingan tersebut telah dijalankan pada 25 Jun 2014 di Kukup Sport Centre, Pontian. Pasukan BP Junior Kulaijaya telah mengalahkan Muar dalam perlawanan akhir yang ditentukan menerusi sepakan penalti (2 - 0), sebaliknya Pasukan BP Senior pula tewas di tangan pasukan Batu Pahat dengan jaringan 1 - 0. Barisan pemain futsal Kulaijaya turut dibarisi oleh pemain-pemain SMK Bandar Tenggara iaitu Raja Mohd Adnan B. Raja Noor Mohd bagi kategori BP Junior di samping Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi, Mohd Fikri B. Abdullah, Khairul Hazizi B. Ahmad dan Muhd Daud B. Sazali bagi ketegori BP Senior. Jurulatih SMK Bandar Tenggara yang terlibat ialah En. Khairul Aime B. Mohd Termizi. Tahniah diucapkan, semoga mencapai kejayaan yang lebih hebat di peringkat kebangsaan nanti. InsyaAllah.
Friday, 20 June 2014
LAWATAN KE PULAU LANGKAWI, PERMATA KEDAH
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah dari 16 - 19 Jun 2014 yang lalu. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang keindahan dan keunikan budaya, sejarah dan alam semula jadi pulau lagenda kepada semua peserta rombongan. Program yang diketuai oleh En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara disertai oleh 11 guru dan PPM serta 31 orang murid Pendidikan Khas. Sepanjang program tersebut, rombongan telah dibawa melawat pulau-pulau terpilih iaitu Pulau Dayang Bunting termasuk Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar untuk melihat Spesis Helang Putih. Selain itu, rombongan turut dibawa melawat Kilang Gamat, Kota Mahsuri, Underwaterworld Langkawi, Pantai Cenang, Beras Terbakar di Padang Matsirat dan Kereta Kabel Langkawi di Gunung Machinchang. Rombongan turut dibawa mengelilingi Pulau Langkawi untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan alam semula jadi di samping pusat-pusat membeli belah yang terdapat di sini. Semoga lawatan ini akan menjadi kenangan manis kepada semua peserta rombongan.
Subscribe to:
Posts (Atom)












































