Wednesday, 2 March 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2016

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2016 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 28 Februari 2016 lalu. Majlis disempurnakan oleh Tuan Mohd Sharin B. Hj Sabtu, Penguasa Penjara Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Dalam majlis tersebut, 6 unit telah diberikan watikah perlantikan iaitu, Badan Pengawas, Majlis Ketua Penolong & Bendahari (KENARI), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Majlis Perwakilan Pelajar PraUnibversiti (MPP), Ahli Lembaga Koperasi (ALP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Bacaan ikrar Pemimpin Muda diketua Saudara Hakim B. Azman, Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut iaitu Muhd Fitri Aiman, Faris Airman dan Nor Atikah Samat sebagai ahli KENARI.

Ucapan GPK Pentadbiran, Pn. Haslina B. Mohd Bakri
Ucapan perasmian oleh Tuan 
Muhd Fitri Aiman dan Faris Airman di barisan Majlis KENARI
Penyampaian kepada Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara
Penyampaian kepada Penolong Ketua Pelajar
Penyampaian kepada Ketua KENARI
Bacaan Ikrar oleh Pemimpin Muda
Penyampaian cenderamata kepada perasmi
Barisan Guru dan Perasmi
Badan Pengawas SMK Bandar Tenggara 2016
Majlis Ketua Penolong Bendahari (KENARI) 2016
Pengawas Pusat Sumber 2016
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPP)

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA 2016

SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang 2016 pada 27 Februari 2016. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Baderi B. Hj Dasuki , ADUN Kawasan Panti. Mesyuarat Agung PIBG telah dipengerusikan oleh En. Ahmad B. Saian, Pengerusi PIBG SMK Bandar Tenggara. Dalam Majlis Anugerah Cemerlang pula, Seramai 3 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menerima hadiah atas pencapaian dalam peperiksaan akhir tahun 2015 manakala 5 orang murid menerima anugerah kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum. Muhammad Danial B. Nor Remee pula dipilih sebagai Tokoh Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2016.

Pasukan gamelan SMK Bandar Tenggara
Seorang ahli PIBG bertanyakan soalan
Barisan AJK PIBG SMK Bandar Tenggara
Ketibaan VIP disambut meriah
Sambutan di Dewan Permata
Persembahan Zapin oleh murid SMK Bandar Tenggara
Ucapan Pengerusi PIBG
Ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara
Ucapan perasmian oleh YB Datuk Baderi Dasuki
Khairul Hazizi B. Ahmad, Penerima Cemerlang Akademik 3& Kokurikulum
Muhd Fitri AIman B. Muhd Zaidi, Penerima Cemerlang Akademik 2 & Sahsiah
Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi, Penerima Cemerlang Akademik 1
Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin, Penerima Cemerlang Kokurikulum
Nor Atikah Bt Samat, Penerima Cemerlang Sahsiah
Muhd Danial B. Nor Remee, Penerima Tokoh Murid PK
En. Mohd Hassry menerima cenderamata AJK PIBG
Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi

Sunday, 21 February 2016

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 24, 2016

Kejohanan Balapan & Padang SMK Bandar Tenggara kali ke 24, 2016 telah diadakan di Stadium Tenggara pada 18 Februari 2016 yang lalu dan dirasmikan oleh En. Fakharur Razziy B. Hazran, Penolong Pengurus Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Cawangan Bandar Tenggara. Sebanyak 4 rumah sukan terlibat dalam merebut kejuaraan iaitu rumah sukan Jebat, Kasturi, Lekir dan Tuah. Murid-murid Pendidikan Khas turut terlibat dalam kejohanan tersebut bagi membantu rumah sukan masing. Edisi ke 24 ini menyaksikan Rumah Sukan Lekir mengungguli kejohanan dengan 22 emas, 18 perak dan 9 gangsa.



Upacara menaikkan bendera kejohanan
Bacaan ikrar kejohanan oleh Noor Azmi B. Abdullah
Kontinjen Jebat
Kontinjen Kasturi
Kontinjen Lekir
Kontinjen Tuah
Acara 100m Perempuan PK
Acara 100 Lelaki PK
Acara Lontar Peluru Perempuan PK
Acara Lontar Peluru Lelaki PK
Acara Rejam Lembing Perempuan PK
Acara Rejam Lembing Lelaki PK
Penyampaian hadiah Rejam Lembing Lelaki PK
Penyampaian hadiah Rejam Lembing Perempuan PK
Penyampaian hadiah 400m Lelaki PK
Penyampaian hadiah 400m Perempuan PK
Penyampaian hadiah Lontar Peluru Lelaki PK
Penyampaian hadiah Lontar Peluru Perempuan PK
Penyampaian hadiah 100m Perempuan PK
Penyampaian hadiah 100m Lelaki PK
Penyampaian trofi kejuaraan kepada Lekir