Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada PPM Pendidikan Khas, Pn. Siti Nurfadhilah Bt Zakariah dan pasangannya Mohd Firdaus B. Mohd Isa yang telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 10 September 2016 yang lalu di Bandar Tenggara. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Sunday, 16 October 2016
MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU PENDIDIKAN KHAS (MGPK) DAERAH KULAI
Mesyuarat Agung Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Kulai telah berlangsung pada 7 September 2016 yang lalu di Bilik Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Seramai 200 orang guru-guru Pendidikan Khas Daerah Kulai telah terlibat dalam mesyuarat tersebut termasuk 7 orang guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan PPD Kulai, Tn. Hj Ishak B. Mahbob dengan kehadiran Tn. Hj Abd Rahman B. Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor. Dalam mesyuarat tersebut dua orang guru PPKI SMK Bandar Tenggara telah dicalonkan dan terpilih memegang jawatan dalam majlis tersebut iaitu En. Mohd Hassry B. Mustakim sebagai Timbalan Pengerusi Daerah dan Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan selaku AJK. Tahniah diucapkan.
![]() |
| Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku |
![]() |
| Sebahagian guru Pendidikan Khas Kulai yang hadir |
![]() |
| Sebahagian guru Pendidikan Khas Kulai yang hadir |
![]() |
| Ucapan Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor, Tn Hj Abd Rahman Hamdan |
![]() |
| Sesi penerangan |
![]() |
| Ucapan perasmian oleh Tuan PPD Kulai, Tn Hj Ishak B. Mahbob |
![]() |
| Khusyuk mendengar taklimat |
![]() |
| Taklimat program Kem Motivasi Pendidikan Khas Kulai |
![]() |
| Penyampaian cenderamata kepada Tn PPD Kulai |
![]() |
| Penyampaian cenderamata kepada Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai, En. Halim |
![]() |
| Penyampaian cenderamata kepada Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor |
PROJEK PEMBUATAN ACAR BUAH PENDIDIKAN KHAS 2016
Pada tahun 2016, murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah didedahkan dengan salah satu masakan tradisional Melayu iaitu Acar Buah. Projek pembuatan acar buah ini telah dikendalikan oleh Pn. Siti Khalijah Bt Rahim dan Pn. Nor Fatimah Bt Abd Ghani hasil tempahan Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, GPK Pendidikan Khas. Semoga semua murid PPKI SMKBT mendapat faedah dari ilmu yang dicurahkan.
![]() |
| Proses awal memotong bahan-bahan asas |
![]() |
| Acar yang belum dimasak |
![]() |
| Murid-murid memasak acar |
![]() |
| Proses timbangan untuk mendapatkan berat yang sekata |
![]() |
| Proses memasak acar |
PROJEK AISKRIM MALAYSIA PENDIDIKAN KHAS 2016
Projek Pembuatan Aiskrim Malaysia 2016 diteruskan oleh murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara dengan kelolaan Pn. Nor Fatimah Bt Abd Ghani di bawah subjek Kemahiran Hidup Masakan. Projek bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada murid-murid tentang aiskrim Malaysia yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan.
![]() |
| Muhaimin dan Natasya sedang menyediakan aiskrim |
![]() |
| Afiq dan Hakimi turut membantu menyediakan aiskrim |
![]() |
| Proses memasukkan aiskrim ke dalam kelongsong plastik |
![]() |
| Aktiviti di bilik masakan |
![]() |
| Aiskrim Malaysia perisa choki-choki |
Tuesday, 30 August 2016
PROGRAM PENGAYAAN P&P KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS : KURSUS PERANGGU MEJA
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Pengayaan P&P Kemahiran Hidup, Kursus Peranggu Meja pada 23 Ogos 2016 yang lalu di Bilik Seminar. Kursus yang disampaikan oleh Pn. Nurul Azura Bt Abdul Rahim, Guru Katering SMK Bandar Tenggara. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan Peranggu Meja dan kepentingannya.
![]() |
| Amali menyusun peranggu meja |
![]() |
| Bacaan doa sebelum memulakan kursus |
![]() |
| Kursus disampaikan oleh Pn. Nurul Azura |
![]() |
| Amali penyusunan peranggu meja |
![]() |
| Melipat napkin |
![]() |
| Menyusun peralatan |
![]() |
| Pembelajaran melipat napkin |
![]() |
| Kaedah mengangkat perkakasan |
![]() |
| Sesi amali Kursus Peranggu Meja |
![]() |
| Mendengar dengan penuh minat |
![]() |
| Penyerahan cenderamata kepada penceramah kursus |
Subscribe to:
Posts (Atom)






































