Tuesday, 14 March 2017

MESYUARAT JKD PENGAKAP DAERAH KULAI 2017

Pada 15 Februari 2017 yang lalu, Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Kulai telah membuat Mesyuarat JKD Pengakap Daerah Kulai 2017. Mesyuarat dirasmikan oleh Tn. Haji Ishak B. Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Dalam majlis tersebut juga disampaikan Sijil dan Tauliahan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (ADC) Pendidikan Khas (SMK) kepada En. Mohd Hassry B. Mustakim, Guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara.

En. Mohd Hassry menerima sijil
Antara pemimpin yang hadir
Ucapan Perasmian Tuan PPD
Antara pemimpin wanita yang hadir
Barisan ADC Pengakap Daerah Kulai
Bacaan doa


MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK BANDAR TENGGARA KOTA TINGGI BERHAD TAHUN 2017

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Bandar Tenggara Kota Tinggi Berhad bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 1 Mac 2017 di Dewan Permata. Program dipengerusikan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara selaku pengerusi koperasi sekolah. Murid-murid PPKI yang juga merupakan antara ahli koperasi sekolah turut terlibat dalam mesyuarat tersebut. Malah, seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara, Muhammad Nor Fahis B. Nazarudin berani untuk menyokong usul yang diutarakan. Semoga Koperasi SMK Bandar Tenggara Kota Tinggi Berhad terus maju.

Barisan pengurusan Koperasi SMKBTKTB
Ucapan alu-aluan Pengerusi Koperasi
Pembentangan penyata kewangan
Muhd Nor Fahis menyokong usul yang diberikan
Nyanyian lagi Semangat Koperasi
Murid PPKI yang menjadi ahli KSMKBTKTB



MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 32 TAHUN 2017

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 25 Februari 2017 yang lalu di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Adhma B. Baba, Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap ADUN kawasan Pasir Raja. Dalam program tersebut, PPKI SMKBT telah membuka gerai jualan yang memasarkan produk-produk keluaran PPKI SMK Bandar Tenggara. Gerai jualan tersebut telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dari semua pihak.

Gerai jualan Permata PPKI SMK Bandar Tenggara
Menyusun atur produk murid
Antara pelanggan yang membelinya
Acar buah RM7 sahaja
Sedap



PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 BAGI MURID PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2017

Program Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 bagi murid-murid SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 13 Februari 2017. Bagi semua murid PPKI, bantuan RM100 telah diberikan kepada semua murid PPKI yang layak. Bantuan disampaikan kepada ibu bapa yang dapat hadir dan murid-murid yang boleh menguruskan kewangan sendirian. Semoga pemberian bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa sekalian.

En. Raya B. Muri menerima bantuan bagi pihak anaknya
Muhd Syafiq Haqfis menerima bantuan RM100
Muhd Farhan menerima bantuan RM100
Nurain menerima sendiri bantuan RM100

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 25, TAHUN 2017

Kejohanan Balapan & Padang SMK Bandar Tenggara kali ke 25 tahun 2017 telah dijayakan pada 12 Februari 2017 yang lalu di Stadium Tenggara. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh En. Ahmad B. Saian, YDP PIBG SMK Bandar Tenggara. Murid-murid PPKI turut terlibat dalam kejohanan ini menerusi acara 100m lelaki dan perempuan Pendidikan Khas. Kejayaan yang ini turut menyumbang pungutan pingat rumah sukan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada rumah Kasturi yang telah menjadi Johan Keseluruhan bagi edisi kali ini.

Para peserta PPKI kategori perempuan
Para peserta PPKI kategori lelaki

Penyampaian hadiah acara 100m PK Perempuan
Penyampaian hadiah acara 100m PK Lelaki
Pn. Zubaidah menerima Piala Pusingan Johan keseluruhan
Rmah Kasturi Hebat
Peserta acara 100m menunggu giliran
Para peserta 100m PK Lelaki menunggu giliran
Bacaan ikrar kejohanan
Acara 100m PK Perempuan
Acara 100m PK Lelaki
Saingan sengit
Meneruskan larian