Sunday, 18 June 2017

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2017

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Kulai 2017 telah dijalankan pada pada 11 dan 14 Mei 2017 di Padang SMK Foon Yew, Kulai. Dalam temasya tersebut, pasukan SMK Bandar Tenggara telah mendapat 3 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa. Kejohanan dirasmikan oleh Tn PPD Kulai, Tn Haji Ishak B. Mahbob. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Emas Rejam Lembing Lelaki Senior - Muhamad Haziq B. Abd Rahim
Emas Rejam lembing Perempuan Senior - Wan Rabiatul Suhada Bt Wan Azman
Emas 60m Down Sindrom Perempuan - Najeeha Azwa Bt Mohd Jais

Perak 1500m Lelaki Senior - Muhamad Amirul Safwan B. Noor Alim

Gangsa 400m Lelaki Senior - Raja Mohd Adnan B. Raja Noor Mohd
Gangsa Lontar Peluru Lelaki Senior - Muhamad Zairul Akhbar B. Jamaludin
Gangsa Lompat Jauh Lelaki Senior - Muhamad Haziq B. Abd Rahim
Gangsa 800m Lelaki Senior - Muhamad Amirul Safwan B. Noor Alim

Barisan atlet PPKI SMK Bandar Tenggara
Atlet Rejam Lembing
Najeeha Azwa menerima pingat
Amirul Safwan menerima pingat
Zairul Akhbar beraksi dalam acara peluru
Muhammad Haziq beraksi dalam acara Lompat jauh
Antara atlet yang menyertai pertandingan
Nurnatasha menyertai acara 400m
Nurain beraksi dalam acara 200m
Wan Rabiatul Suhada dalam acara Lontar Peluru


Tuesday, 2 May 2017

PROGRAM DHUHA PERDANA SMK BANDAR TENGGARA 2017

Pada pagi 30 April 2017 yang lalu telah diadakan program Solat Dhuha Perdana kepada murid Tingkatan 1, 2 dan Pendidikan Khas di Surau SMK Bandar Tenggara. Program yang dianjurkan oleh unit Dakwah SMK Bandar Tenggara bertujuan menyemai minat dan kesedaran tentang kepentingan solat Dhuha di kalangan murid-murid untuk mencapai kejayaan. En. Mohd Nurul Faishal telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program tersebut selaku imam. Setelah selesai bersolat Dhuha, semua murid teah diberikan tazkirah tentang kepentingan solat Dhuha.

Solat Dhuha berjemaah

Tazkirah oleh En. Mohd Nurul Faishal
Sebahagian murid yang turut serta



DEMONSTRASI MI TARIK

Murid-murid Kulinari PPKI SMK Bandar Tenggara telah dibawa melihat demonstrasi membuat mi tarik di pasaraya Aeon Mall Kulai pada 30 April 2017 lalu. Mereka turut diberi peluang merasai keenakan mi tarik yang dihasilkan sendiri oleh chef bertugas. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan teknik menikmati makanan dengan menggunakan chopstick. 

Melihat demonstrasi mi tarik
Menikmati hidangan yang disediakan
Chef bertugas
Menikmati hidangan mi yang disediakan

KURSUS PEMBUATAN ROTI 2017

Kelas Kulinari PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengikuti Kursus Pembuatan Roti pada 30 April 2017 lalu di SMK Kulai Besar. Kursus yang dikendalikan oleh Pn. Roshasma B. Mahtar telah disertai oleh 14 orang murid kulinari dan 3 orang guru. Pelbagai jenis roti telah dihasilkan dalam kursus tersebut. Semoga kursus tersebut memberi manafaat kepada semua.

Membentuk doh
Mencanai doh
Mengadun doh
Proses penyediaan roti
Tunjuk ajar penceramah
Roti sosej
Kursus yang menyeronokkan
Ucapan Pengetua SMK Kulai Besar
Pelbagai jenis roti


KURSUS PENJAGAAN TANAMAN POKOK JAMBU BATU 2017

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Kursus Penjagaan Tanaman Jambu Batu pada 27 April 2017 di Kebun Permata Hati. Kursus disampaikan oleh En. Sahira Helmy B. Sairi, seorang pengusaha tanaman jambu batu yang berjaya. Kursus disertai oleh semua murid, guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara. Pelbagai teknik penjagaan tanaman jambu batu diperkenalkan kepada semua peserta seperti perangkap lalat buah, memangkas dahan, menyampul buah, membaja buah dan meracun kulat. Turut diajarkan ialah kaedah penggredan buah dan kaedah "tut" dahan pokok. Semoga kursus yang diberikan memberikan manafaat kepada semua.

Bergambar kenangan bersama penceramah
Penggredan buah jambu
Penerangan racun serangga dan perangkap lalat
Memangkas dahan jambu
Broning
Kaedah tut dahan
Amali "Tut" dahan
Membalut buah muda
Penyampaian cenderamata kepada penceramah