Saturday 29 June 2013

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2013

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 2013 telah diadakan pada 9 - 13 Jun 2013 yang lalu di Stadium darul Makmur, Kuantan, Pahang. Kejohanan yang disertai oleh 14 negeri di Malaysia itu telah diungguli oleh Kontinjen Johor yang berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke 13 dengan berjaya mengutip 31 emas. Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara iaitu Khairul Faris B. Abd Jalil telah terpilih mewakili Johor dalam acara Rejam Lembing BP Lelaki Senior. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana hanya berjaya mendapat tempat ke 4 dalam acara tersebut.


No comments: