Tuesday 25 June 2013

PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2013

Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Negeri Johor telah berlangsung pada 23 Jun 2013 di Daiman Bowl, Johor Jaya. Program yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas PPD Johor Bahru telah melibatkan semua kontinjen daerah dalam Negeri Johor. Seorang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah terpilih mewakili Daerah Kulaijaya dalam pertandingan tersebut iaitu Abdul Latif B. Jalil. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya mendapat tempat kedua seterusnya melayakkan diri mewakili Negeri Johor dalam Pertandingan Bowling Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan yang akan berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan.


No comments: