Thursday 11 July 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 yang lalu, 3 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila berjaya menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga. Tempat pertama telah disandang oleh Muhammad Nur B. Zakaria yang mendapat 6A, 2B. Tempat kedua, Muhamad Izzat Haiqal B. Muhamad Zaidi ( 4A, 4B) manakala tempat ketiga ialah Mohamad Nur Hazman B. Lokman yang mendapat 4A, 3B dan 1C. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Tn Hj Armas B. Derusman, Pengetua SMK Bandar Tenggara di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara dalam satu majlis ringkas semasa Perhimpunan Rasmi sekolah.

Tempat Pertama
Muhamad Nur B. Zakaria

Tempat Kedua
Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi

Tempat Ketiga.
Mohamad Nor Hazman B. Lokman

No comments: