Friday 26 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERMATA HATI SMK BANDAR TENGGARA 2013

Pada 24 Julai 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Permata Hati SMK Bandar Tenggara yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan, merapatkan hubungan antara Kelas Permata Hati dengan ibubapa dan masyarakat sekeliling serta menggalakkan budaya bersedekah di kalangan ummah Islam. Majlis ini juga bertujuan memberi peluang secara tidak langsung mempertemukan warga sekolah dengan ibu bapa bagi membincangkan perkembangan anak masing-masing.
           Sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia, majlis tersebut telah mendapat sokongan dan sumbangan yang banyak dari pelbagai pihak berupa wang tunai, voucher dan barangan. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menderma bagi menjayakan program tersebut.
Antaranya:
- Stesen Petronas Bandar Tenggara
- Kilang Ayamas Sdn Bhd, Bandar Tenggara
- Ladang Agromaju
- Ladang

           Dalam majlis ini juga Badan Pemuafakatan IbuBapa Guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya diwujudkan hasil kerjasama ibu bapa dan warga pendidikan. Aturcara majlis adalah seperti berikut;

6.00 petang - Ucapan Tuan Pengetua, Tn Hj Armas B. Derusman.
                     Ucapan GPK Pendidikan Khas, En. Hamzah B. Hamdan.
                     Pembentukan Majlis Pemuafakatan Ibubapa Guru Pendidikan Khas SMKBT
7.19 malam - Berbuka. Solat Maghrib. Jamuan makan.
                     Bersurai













\


No comments: