Monday 19 August 2013

PROGRAM GEMA RAYA SMK BANDAR TENGGARA 2013

SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Program Gema Raya pada 2 Ogos 2013 yang lalu di Dewan Permata. Program yang bertujuan menyampaikan amanat sebelum Hari Raya Aidilfitri di samping menyampaikan sumbangan hari raya kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Sumbangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan guru-guru dan orang perseorangan yang ingin menderma. Dalam majlis tersebut juga kakitangan pembersihan swasta dan pengawal keselamatan turut menerima sumbangan dari pihak sekolah. Dalam majlis itu juga, seramai 13 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut menerima sumbangan. Majlis diakhiri dengan selawat dan bersalam-salaman antara guru-guru dan murid-murid.











No comments: