Thursday 1 August 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEJAYAAN PARALIMPIAD MALAYSIA, PAHANG 2012

Tiga orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara yang telah berjaya dalam acara masing-masing pada Paralimpiad Malaysia, Pahang 2012 yang lalu telah diberikan insentif kejayaan dalam Majlis Penyampaian Insentif Kejayaan Paralimpiad Malaysia oleh Majlis Sukan Negeri Johor. Majlis yang berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel (The Zon Regency) Johor Bahru pada 28 Julai 2013. Mereka telah menerima insentif berupa wang tunai mengikut kejayaan acara masing-masing.

1. Baherathe A/P Raja (4x400m) - RM500 (Emas)
2. Abdul Latif B. Jalil (Bowling) - RM400 (Gangsa)
3. Khairul Faris B. Abd Jalil (Futsal) - RM350 (Perak)



No comments: