Monday 13 October 2014

PERKHEMAHAN MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2014

Pada 8 & 9 Oktober 2014 yang lalu, PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Program Perkhemahan Motivasi Pendidikan Khas bagi semua murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara. Program yang dijalankan di Tasik Sembrong - Seat Zone, Kluang dikendalikan dengan kerjasama fasilitator pusat berkenaan yang diketuai oleh Pn. Shida. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti merentas halangan, menjelajah hutan, Menyeberang tasik, Malam persembahan, Memanah dan Paintball. Semua aktiviti ini tertujuan membina keyakinan dan menyerlahkan potensi diri. Majlis penutup disempurnakan oleh En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara.













No comments: