Monday 6 October 2014

AGOONOREE MALAYSIA KALI KE 4, 2014

Seorang guru SMK Bandar Tenggara iaitu En. Mohd Hassry B. Mustakim bersama-sama dua orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara, Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi dan Khairul Hazizi B. Ahmad telah dipilih mewakili negeri Johor dalam Agoonoree Malaysia Kali ke 4 yang diadakan pada 28 September - 2 Oktober 2014 yang lalu di Teluk Gorek, Mersing.
Dalam Agoonoree tersebut, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk disertai oleh para peserta dari seluruh negara. Secara keseluruhannya, Kontinjen Terbaik dianugerahkan kepada Kontinjen Pahang. Kedua: Kontinjen Sabah, Ketiga : Kontinjen Johor. Tahniah diucapkan.






















No comments: