Tuesday 8 August 2017

GEMA AIDILFITRI 2017

Program Gema Aidilfitri 2017 SMK Bandar Tenggara diteruskan untuk tahun ini dengan objektif membantu meringankan beban keluarga murid miskin sempena hari raya Aidilfitri. Program yang dianjurkan Unit HEM ini turut menyampaikan sumbangan kepada 6 orang murid miskin PPKI SMK Bandar Tenggara. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh En. Mohd Nurul Faishal dan ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn. Zaharah Binti Mohd Jani. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan aidilfitri kepada pengawal keselamatan, staf pembersihan sekolah dan murid-murid miskin SMK Bandar Tenggara.


Tazkirah yang disampaikan oleh En. Mohd Nurul Faishal
Penyampaian sumbangan kepada wakil Pengawal keselamatan
Penyampaian sumbangan aidilfitri kepada wakil staf pembersihan.
Zairul Akhbar menerima sumbangan dari Puan Zaharah Binti Mohd Jani
Nor Atikah Samat menerima sumbangan aidilfitri
Sesi bersalaman dengan guru-guru sebelum berhari raya
Tradisi yang diteruskan

No comments: