Wednesday 9 August 2017

MAJLIS PERPISAHAN PN. SUHAILAH BINTI SUKIERMAN

Pn. Suhailah Binti Sukierman, PPM Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah dipindahkan ke SK Bandar Tenggara 1 berkuatkuasa pada 3 Julai 2017 yang lalu. Oleh yang demikian, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau sepanjang 9 tahun berkhidmat sebagai PPM di SMK Bandar Tenggara. Majlis yang diadakan di Bilik Seminar tersebut turut diraikan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara dan ibu bapa.

Acara memotong kek perpisahan
Penyampaian cenderamata oleh En. Mohd Hassry
Penyampaian cenderamata oleh GPK Pendidikan Khas, Pn. Hjh Khairani 
Penyampaian cenderamata oleh Pn. Nor Fatimah
Penyampaian cenderamata oleh Ahmad Kamri mewakili murid-murid PPKI


No comments: