Wednesday 12 September 2018

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Negeri Johor 2018 telah diadakan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Johor Bahru pada 5 September 2018. Tahniah diucapkan kepada dua wakil PPKI SMK Bandar Tenggara yang telah mewakili Daerah Kulai kerana telah mencapai kejayaan. Muhamad Aiyzat B. Othman yang menyertai acara Hafazan telah mendapat tempat KEDUA manakala Muhamad Danial B. Nor Remee yang menyertai acara Syarahan Agama turut mendapat tempat KEDUA. Hadiah disampaikan oleh Cik Nur Biha Bt Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Majlis Penyampaian hadiah tempat kedua Hafazan Lelaki
Majlis Penyampaian Hadiah tempat kedua Syarahan Lelaki
Muhammad Aiyzat sedang diuji
Muhamad Danial Noremee sedang menyampaikan syarahannya

No comments: