Wednesday, 12 September 2018

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Negeri Johor 2018 telah diadakan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Johor Bahru pada 5 September 2018. Tahniah diucapkan kepada dua wakil PPKI SMK Bandar Tenggara yang telah mewakili Daerah Kulai kerana telah mencapai kejayaan. Muhamad Aiyzat B. Othman yang menyertai acara Hafazan telah mendapat tempat KEDUA manakala Muhamad Danial B. Nor Remee yang menyertai acara Syarahan Agama turut mendapat tempat KEDUA. Hadiah disampaikan oleh Cik Nur Biha Bt Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Majlis Penyampaian hadiah tempat kedua Hafazan Lelaki
Majlis Penyampaian Hadiah tempat kedua Syarahan Lelaki
Muhammad Aiyzat sedang diuji
Muhamad Danial Noremee sedang menyampaikan syarahannya

UJIAN S.E.G.AK PENGGAL KEDUA, TAHUN 2018

Ujian SEGAK Penggal Kedua SMK Bandar Tenggara 2018 dijalankan pada 27 Ogos 2018 di Dewan Permata. Ujian ini turut melibatkan semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara bagi menilai tahap kecergasan murid. Terdapat 5 ujian yang perlu dijalani oleh murid-murid iaitu
1. Timbangan BMI
2. Naik turun Bangku
3. Tekan tubi
4. Ringkuk separa
5. Jangkauan melunjur

Sebelum menjalani ujian
Ringkuk Separa
Tekan Tubi
Turun Naik Bangku
Jangkauan Melunjur
Timbangan Berat dan Tinggi
Ringkuk Separa
Tekan Tubi
Mengira denyut nadi
Ukuran berat dan Tinggi

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN SMK BANDAR TENGGARA 2018

Sambutan Hari Kebangsaan SMK Bandar Tenggara bertemakan Sayangi Malaysiaku telah diadakan pada 29 Ogos 2018 melibatkan beberapa program. Antara program yang dijalankan ialah Perasmian Program Kibarkan Bendera, Merdeka Walk dan Talentime Merdeka. Tahniah dan Sayangi Malaysiaku.

Majlis Perasmian Program Kibarkan Bendera
Sebahagian murid yang turut serta
Barisan pentadbir yang turut serta
Gimik perasmian
Sebahagian murid yang turut serta
Gimik perasmian
Merdeka Walk
Semangat Patriotik yang ditunjukkan
Nyanyian lagu-lagu patriotik
Senamrobik merdeka
Murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut mengambil bahagian
Antara murid PPKI yang terlibat
Instruktor Senamrobik Merdeka
Bacaan Doa Kemerdekaan
Bacaan Yassin Kemerdekaan
Solat Hajat Kemerdekaan



Wednesday, 1 August 2018

SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2018

Sambutan Hari Pengakap Sedunia PPKI SMK Bandar Tenggara 2018 telah diadakan pada 1 Ogos 2018 bersempena Hari Pengakap Sedunia. Antara pengisian sambutan ialah memperbaharui persetiaan, nyanyian lagu Pengakap Malaysia dan lagu-lagu Pengakap. Sesi bergambar turut diadakan selepas majlis sambutan tersebut.

Sesi bergambar bersama ahli

Memperbaharui persetiaan Pengakap


Monday, 30 July 2018

KURSUS ASAS PENANAMAN NANAS 2018

Kelas PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengikuti Kursus Penanaman Nanas di Ladang Nanas NARSCO Bandar Tenggara pada 30 Julai 2018. Kursus dijalankan dengan kerjasama NARSCO (Koperasi Pekebun Kecil Getah Kebangsaan). Dalam kursus tersebut, murid didedahkan dengan kaedah penyediaan tanah, penanaman benih nanas dan kawalan makhluk perosak. Tahniah diucapkan.

Bergambar kenangan di ladang nanas
Taklimat yang disampaikan oleh En. Aris dari NARSCO
Peserta perempuan bersama jentera membuat batas
Peserta perempuan cuba menanam nanas

Pemasangan sungkupan tanah
Teknik menanam yang ditunjukkan oleh En. Saat dari NARSCO
Antara peserta yang terlibat
Komitmen tinggi yang ditunjukkan
Pemasangan sungkupan tanah
Berjaya menanam 700 pokok nanas
Demonstrasi tanaman nanas
Bersama nanas yang mulai berbuah
Pemilihan anak benih nanas
Membuat lubang tananam
Panas terik
Peserta perempuan sebelum penanaman
Kumpulan ke 2
Hasil tanaman hari ini