Saturday 21 May 2011

KEM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2011

Kem motivasi tahunan anjuran Panitia Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya dijalankan pada 26 - 28 April 2011 yang lalu. Program yang disertai oleh 34 orang murid tersebut telah dijalankan di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan, Kem Sekakap, Mersing. Pelbagai aktiviti lasak telah berjaya dirancang dan disertai oleh semua murid yang terlibat. Antara aktiviti lasak yang dijalankan ialah Flying fox, Absailing, Merentas halangan, Berakit, Merentas hutan dan Berjalan Malam. Pada malam terakhir turut dijalankan Malam kebudayaan yang memerlukan setiap kumpulan membuat persembahan sama ada berbentuk nyanyian, lakonan dan tarian. Objektif utama kem ini ialah membina kekuatan, keberanian dan jatidiri di kalangan murid-murid selain mempamerkan setiap potensi yang ada di dalam diri masing-masing. Dalam kem ini, Abd Aziz B. Mohd Haithir telah dipilih sebagai peserta terbaik keseluruhan.

                                    







No comments: