Saturday 21 May 2011

LATIHAN KEBAKARAN 2011 - PENDIDIKAN KHAS TURUT TERLIBAT


Pada 17 Februari 2011 yang lalu, Jawatankuasa Keselamatan SMK Bandar Tenggara telah mengadakan latihan kebakaran kali pertama. Dalam latihan berkenaan, semua murid telah dikumpulkan di padang sekolah mengikut kelas masing-masing. Latihan dimulakan dengan loceng kecemasan sekolah dibunyikan secara berterusan. Serentak dengan itu, murid-murid akan berbaris dan bergerak ke padang menggunakan laluan kecemasan yang ditetapkan. Latihan ini telah berjaya diselesaikan dalam masa 15 minit sahaja.



No comments: