Saturday 21 May 2011

MURID PENDIDIKAN KHAS SERTAI PERKHEMAHAN PENGAKAP 2011

Pada 22-24 April 2011 yang lalu, seramai 3 orang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menyertai Perkhemahan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2011 yang telah diadakan di Teluk Gorek, Mersing. Objektif utama perkhemahan tersebut antaranya ialah membina jatidiri dan semangat berpasukan di kalangan peserta selain menerapkan beberapa kemahiran hidup yang penting. Perkhemahan yang berlangsung 3 hari 2 malam tersebut telah dipadatkan dengan pelbagai aktiviti kepengakapan seperti Jerat dan Perangkap, Orienteering, Ikhtiar Hidup, Ikatan, dan Malam Kebudayaan.Tiga murid yang terlibat dengan perkhemahan tersebut ialah Mohamad Ilham B. Azman, Abdul Aziz B. Mohd Haithir dan Mohd Nor Idham B. Mohd Ali.


No comments: