Saturday 21 May 2011

PASUKAN BOWLING PK SMK BANDAR TENGGARA RAIH TEMPAT KE 3 TAHUN 2011

Pasukan bowling Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara, telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2011 yang berlangsung di IOI Mall, Kulai. Dalam pertandingan tersebut, pasukan SMPKV Indahpura telah berjaya meraih johan keseluruhan apabila mengungguli kategori terbuka Lelaki dan Perempuan. Pasukan SMK Bandar Tenggara yang diwakili oleh Muhammad Nur b. Zakaria, Abdul Latif B. Abd Jalil, Khairul Faris B. Abd Jalil dan Abd Aziz B. Mohd Haithir (4 sepasukan) telah berjaya menduduki tempat ke 3 dengan 1315 jatuhan pin. Namun begitu, tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur b. Zakaria kerana telah berjaya menduduki tempat ke 2 individu apabila berjaya membuat 390 jatuhan pin. Pasukan Bowling Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara akan berusaha dengan lebih gigih pada tahun hadapan, Insyaallah.





No comments: