Monday 5 May 2014

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2014

Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui Unit Pendidikan Khas telah menganjurkan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor kali ke 14, 2014 di Stadium Mini Kulai bermula 12 - 14 April 2014 yang lalu. Kejohanan yang disertai oleh 10 daerah di Johor ini melibatkan 500 atlet dan pegawai. Dalam kejohanan ini, Daerah Johor Bahru telah menjadi johan keseluruhan diikuti oleh daerah Batu Pahat dan Segamat. Kontinjen Kulaijaya telah menduduki tempat kelima keseluruhan dengan 9 Emas, 19 Perak dan 17 Gangsa. Atlet Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut menyumbang dalam kutipan pingat melalui Hanis Fathiah Bt Ahmad menerusi acara 4x100m. Teruskan usaha di tahun akan datang. Tahniah kepada yang telah berjaya.











No comments: