Tuesday 6 May 2014

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK TAMAN JOHOR JAYA 2, PASIR GUDANG

Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SMK Taman Johor Jaya 2, Pasir Gudang pada 23 April 2014 yang lalu. Program yang diketuai oleh En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah sertai oleh 8 guru, 3 PPM dan 35 orang murid. Program yang bermula pada pukul 9 pagi itu bertujuan melihat sendiri kejayaan dan pendekatan yang diambil oleh PPKI SMK Taman Johor Jaya 2 seterusnya menimba seberapa banyak ilmu bagi memajukan lagi Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Bandar Tenggara. Semasa lawatan tersebut, rombongan telah dibawa disambut oleh Tuan Pengetua dan Pn. Rohani Bt Sulaiman, GPK Pendidikan Khas SMK Taman Johor Jaya 2 sebelum dibawa melawat ke pusat-pusat aktiviti pendidikan khas di sekolah tersebut. Program lawatan berakhir pada pukul 11 pagi.













No comments: