Tuesday 6 May 2014

TAKLIMAT PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengadakan Taklimat Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid Pendidikan Khas di sekolah-sekolah integrasi. Taklimat yang bertujuan memberi penerangan dan maklumat berkaitan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif itu disampaikan oleh Cik Salmah Bt Jopri dan En. Mad  Kassim B. Abd Malek, dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Semua GPK Pendidikan Khas atau Penyelaras Program dijemput menghadiri taklimat berkenaan.








No comments: