Sunday 4 May 2014

PERTANDINGAN PETANQ ANGKASA PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

Pertandingan Petanq Angkasa Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 telah dijalankan pada 9 April 2014 di Gelanggang Petanq SMK Bandar Tenggara. Dua orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah dipilih mewakili sekolah bagi kategori lelaki dan perempuan iaitu Khairul Hazizi B. Ahmad dan Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin. Dalam pertandingan tersebut, pasukan lelaki yang dianggotai oleh Khairul Hazizi B. Ahmad telah mencatat kejayaan cemerlang apabila menjuarai kategori lelaki manakala pasukan perempuan yang dianggotai oleh Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin telah terkandas di peringkat suku akhir. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang seterusnya mewakili daerah Kulaijaya ke Pertandingan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Johor 2014 di Padang Gelanggang Petanq YPJ, Tampoi.





No comments: